Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Thursday, December 8, 2011

PUISI MAKANAN


Si cerdik makanan si bodoh

Si bijak makanan si bajak

Si intan makanan si kaca

Si kancil makanan si kangkung

Si alim makanan si kucing

Si padi makanan si pagar

Si duri berselindung dalam daging,

si gunting menyorok dalam lipatan.

Si buta mata kehilangan tongkat

Si buta hati mndapat cincin juta-juta

Si akap senohong, gelama ikan pelata; cekap berbohong kebas juta-juta

Si akap senohong, gelama ikan pari, cekap berbohong tanda penting diri

Si akap senohong, ikan tuna dalam peti; cekap berbohong lama-lama liabiliti.


- zunodeng

Monday, September 12, 2011

sajak abdulhadi muhamad

PADANG TEKUKUR

Ceracak tiang menunjuk langit

Buluh dari rimba mana, lurus

Beratus menerima sarang buatan

Hinggap bersangkutan setiap pagi

Kokok akan bersahutan mencelah

Ruang gegendang ke rongga minda

Itu padang jarak mengukur mesra

Itu padang tekukur memisah kasih

Kini anak-anak alam berserak rata

Deru sibuk ibu negara

Kenderaan pada memintas maju

Ingatan sesekali menekup syahdu.

Disember 2010,

Ibukota KL


puisi underground

KOTA GAGAK

kujengah kota
diraja ini, kota gagak
menggelegak arus
sungainya

bermula tahun
tujuhpuluhsatu.
merata air sirih
menguning longkang
panggung ada cerita
bobby bercinta
mengaut laba
ada bau panggang babi
restoran cina

jambatan kota
ada das-das
meletus antara deru
lalu-lintas senja

enak mi jawa
melayan
gempita
gak gak gak gak
operasi menghukum
burung hitam-
mayat lelaki india
legam kurus itu-
ditemui pinggir
jalan keretapi.

sungai kelang
mengalir pekat
tidak pernah lesu
orang keling
bergilir pakat
meratah samsu
di tanah melayu.

kampung jawa. 1973.
sajak underground.


Buat Prof Kangkung Dari TGNA

NONE
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

" orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama"......

Sunday, July 31, 2011

sajak: ABRAR 2

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 21 false false false MS X-NONE X-NONE

ABRAR 2

terbuka pintu maghrib
sealun azan memanggil
haiya 'alassolaaah

tertutup luas siang
akan kita kira khilaf-khilaf
berjuntaian membarut sanubari

sebuah masjid bernama Al-Abrar
terbina dari azam dan sabar

seindah Taj Mahal cintaku kekar
terlaksana seadanya di desa belukar.

19.7.2011
Kampung Belukar, Pauh

Masjid Taj Mahal

.

Friday, May 13, 2011

PANDI KUTTY : Siapa makan Cili Dia Terasa Pedasnya

Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.

Menurut Anwar, budaya yang diamalkan Umno sama sekali bertentangan dengan orang-orang Melayu yang dianggap penuh beradap sopan.

"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya kepada ratusan hadirin.

Menurut Anwar, di dalam sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka tidak ada orang yang diaibkan dan dicerca sepertinya.

"Tetapi saya sehinga sekarang hari-hari dicerca dan diaibkan tetapi saya bersyukur mana-mana saya pergi sambutan masyarakat begitu baik terhadap saya.Budaya Melayu

"Mana ada di dunia yang mencerca sebegini biarpun mengambil contoh dunia Arab sekalipun atau mengambil budaya Cina yang ribuan tahun ketamadunannya tidak mencerca orang seperti ini.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Budaya Melayu pun begitu tetapi hanya pimpinan di Umno sahaja yang dilihat begitu terdesak menghina saya," katanya.

TERAJUTIGA: Betul...betul..betul.... Bikin malu anak negeri. Menuduh orang lain dengan suatu tuduhan perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat. Kerana ia boleh memberikan implikasi yang besar kepada yang dituduh. Bahkan keluarga dan maruah yang dituduh akan tercalar. Sebab itulah Islam membezakan di antara hukum menuduh seseorang melakukan zina dikenakan had qazaf, dengan hukum menuduh seseorang telah kufur tanpa dikenakan sebarang hukuman had.

Sumpah bah Arabnya disebut al-yamin, al-halaf atau al-qasam bermaksud komitmen. Komitmen terhadap sesuatu hukum dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung. Ia tidak disyaratkan untuk memegang al-Quran ketika melakukan sumpah. Memada dengan menyebut nama Allah sama ada wallahi, wabillahi atau watallahi. Tidak boleh menggunakan selain nama Allah atau sifat-sifatNya. Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah al-Maidah ayat 106: "Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan mereka selepas selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (demi Allah).