Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Monday, September 12, 2011

sajak abdulhadi muhamad

PADANG TEKUKUR

Ceracak tiang menunjuk langit

Buluh dari rimba mana, lurus

Beratus menerima sarang buatan

Hinggap bersangkutan setiap pagi

Kokok akan bersahutan mencelah

Ruang gegendang ke rongga minda

Itu padang jarak mengukur mesra

Itu padang tekukur memisah kasih

Kini anak-anak alam berserak rata

Deru sibuk ibu negara

Kenderaan pada memintas maju

Ingatan sesekali menekup syahdu.

Disember 2010,

Ibukota KL


puisi underground

KOTA GAGAK

kujengah kota
diraja ini, kota gagak
menggelegak arus
sungainya

bermula tahun
tujuhpuluhsatu.
merata air sirih
menguning longkang
panggung ada cerita
bobby bercinta
mengaut laba
ada bau panggang babi
restoran cina

jambatan kota
ada das-das
meletus antara deru
lalu-lintas senja

enak mi jawa
melayan
gempita
gak gak gak gak
operasi menghukum
burung hitam-
mayat lelaki india
legam kurus itu-
ditemui pinggir
jalan keretapi.

sungai kelang
mengalir pekat
tidak pernah lesu
orang keling
bergilir pakat
meratah samsu
di tanah melayu.

kampung jawa. 1973.
sajak underground.


Buat Prof Kangkung Dari TGNA

NONE
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

" orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama"......