Monday, December 28, 2009
Sajak Tersiar di Berita Minggu
sms 2: 10.12 salam. tahniah atas puisi BM hari ini. leo aws
sms 3: tahniah puisi dalam bm. azmi yusoff.
sajak 'datang muharram' yang tersiar itu aku poskan ke berita harian bersama sajak 'padang dijajah ujian' pada 19 disember 2009. mendapat siaran pada berita minggu hari ini 27 disember 2009.
* terima hantaran disket sajak-sajak dari azmi yusoff untuk program buku sajak 'abrar'.
* cuma ahmad masih kalut kerana tidak menerima result posting mengajarnya... dapat tahu confirm dia di smka. tapi di mana?
* yukarmi bertolak ke sabah. katanya dgn flight pagi.
Saturday, December 26, 2009
Jumpa Sahabat Lama
* hazeeq anak siti tiba dari beris lalang, setelah ke sana 5 hari.
* makan tengah hari nasi kukus paya bemban rm4 sebungkus ahmad belanja wang habuan guru ganti!
* hilmi bayar lesen dan road tax motornya.
* abdulhafiz hilmi ke tanjung malim dengan keretapi 6.45 petang. ke kl dahulu.
Cucu-cucu Kembali dari Sabah.
jumaat 8 muharram - setelah sujud sejadah kuteruskan solat subuh sambil duduk hingga salam. terasa kurang kuat pagi dan hari ini. lalu tidak hadir solat jumaat. makan tengahari dengan nasi minyak gulai ayam.
dah dan ahmad ke airport pc ambil mutia dan 2 anaknya dari sabah. tiba di rumah hampr 12.00 malam. azman berada di kl hadiri seminar hai-O hingga 27 disember.
_________________ |
Thursday, December 24, 2009
Syukur Atas KurniaMu
ada berita tentang pmr anak buah yang tidak memuaskan. namun result exam ting 4 adik oklah. no 4 dalam tingkatan. ahmad bagitahu habuan guru ganti di smkkbh dah masuk rm2,010, alhamdulillah. hilmi perolehi result exam di upsinya 4A 2B, syukurlah. adli gi main futsal malam balik 1.00 pagi.
malam test makan dari kedai 'org baru'... ok what!
Ke HRPZ2 - Rawatan Dr Zariah
jumpa staff nurse maria, badanku berisi katanya. salam buat misi-misi di wad teratai. dah dapatkan satu tracheostomy (foto di bawah, bukan aku tu tapi itulah gunaan bahan bantu pernafasan tu) dari jabatan ENT sebagai bahan spare. kelihatan pada foto tu seseorang menggunakan alat batu pernafasan itu jenis yang ada belon kecil warna biru. pesakit ini tidak dapat bercakap dan sedang menggunakan alat itu bersambung ke mesin bantu pernafasan.(baca maklumat di sini...)
tebuk memakai alat bantu pernafasan ini bagiku bermula bulan oktober 2008 di wad ICU hinggalah kini, dua tahun lebih. kata doktor, aku perlu sentiasa menggunakannya. permanent!
Ziarah Sahabat Pasca Pembedahan By-Pass Jantung
'bila ditimpa sakit, barulah tahu akan bernilainya sihat'
Jauhari Juga Yang Kenal Maknikam
aku sukakan permata demi kecantikan makhluk ciptaan Allah itu, bukan sukakan kerana khasiatnya. itu sebahagian khurafat! aku tidak percaya khasiat dan khurafat itu. pelbagai warna dan corak batu permata itu cukup mengkagumkan...subhanallah. bila dicanai, di'ikat' cantik dan dijadikan cincin sama ada dengan perak untuk lelaki atau emas suasa buat kaum perempuan; sudah tentu menambahkan keunikan serta kecantikannya. bagiku lelaki haram memakai cincin suasa. emas pula memang cantik bagi kaum wanita...menambah keanggunan.
** sebelum asar, bidin telefon beritahu kelas minhaj untuk hari ini dibatalkan kerana ayah mud kurang sihat.
koleksi pelbagai jenis permata zamrud, zambia, delima burma dan nilam. hubungi wan nor jauhari 0146096123
Sunday, December 20, 2009
GENAP SETAHUN AYAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
ahad 3 muharram - hari ini genap setahun qamariah ayahanda kembali ke rahmatullah. ayah 'lucut nafas' pada jam 6.05 minit petang 3 muharram 1430H (bersamaan 31 disember 2008) yang lalu. jenazahnya di'simpan' di perkuburan kg belukar tapang lebih kuran 2oo meter dari rumahku. ayah bersemadi di sana bersama ayah bondanya hj awang b chik dan hjh membunga bt kadir (ninda kami), mertuanya tuan guru hj wan ismail b wa hassan dan hjh zainab bt hj muhammad (juga ninda kami), isterinya /mak kami hjh wan meriam dan kaum keluarga lain yang mendahulunya. semoga Allah subhanahu wata'ala mengampuni, merahmati dan meletakkan mereka bersama para salihiin. aamiin.
dah dan siti ke pejabat lawyer dan jheik. selepas ke kedai perak, aku dan bidin ke kedai makan sepupuku hatim di telipot. kata hatim 10 tahun tidak berjumpa! diajaknya perkena nasi berlauk ayam kampung goreng. sedap.
dah dan siti ke jheik lagi dan ke tabung haji simpan rm1.5k dari li dan sewa rumah demit.
malam siti tunjuk email downloaded case.
لاءن شكرتم لاءزيدنكم ولاءن كفرتم ءان عذابى لشديد
Sirah Hijrah Rasulullah Mengimbau Rahmat
baginda Nabi dan kaum muslimin berhijrah adalah dari fenomena munkar ke keharmonian suasana. dari masyarakat berkondisi jahiliah di mekah ke masyarakat madaniah ilahiah negara Islam. Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung selama 10 tahun. Islam subur matang dan diredhai. negara bagus, Tuhan Maha Pengampun.
* malamnya kita sama-sama solat hajat mohon restu, sejahtera dan rahmat di dunia dan akhirat. minta Allah Taala jauhkan dari kejahatan syaitan, jin dan manusia.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
sepohon doa dan azam
alhamdulillah bagi Dia yang menghidupkan kita selepas kematian, kepada Dia kita akan kembali.
azam kupastikan untuk perbanyakkan istighfar, iltizami zikrullah dan menekuni lagi tilawah wahyuNya. insya Allah.
استغفرالله مما سوى الله وكل شىء يقول الله
sajak
DATANG MUHARRAM
hidup yang sempat kugetus lagi setangkai
sedang kukunyah. terima kasih Allah.
redup yang terlontar
jauh. hujan tidak jadi turun
tempayanku bergenang air mata
melimpah menyusup bersama darah
nafas satu-satu kuatur
ketika sujud syukur.
11.45 mlm.
awal muharram
Salam Tahun Baru Hijriah
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
سلام مع هجرة
1 محرم 1431
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ
وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ
Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau dan Tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.