Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Sunday, December 20, 2009

GENAP SETAHUN AYAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Alone

ahad 3 muharram - hari ini genap setahun qamariah ayahanda kembali ke rahmatullah. ayah 'lucut nafas' pada jam 6.05 minit petang 3 muharram 1430H (bersamaan 31 disember 2008) yang lalu. jenazahnya di'simpan' di perkuburan kg belukar tapang lebih kuran 2oo meter dari rumahku. ayah bersemadi di sana bersama ayah bondanya hj awang b chik dan hjh membunga bt kadir (ninda kami), mertuanya tuan guru hj wan ismail b wa hassan dan hjh zainab bt hj muhammad (juga ninda kami), isterinya /mak kami hjh wan meriam dan kaum keluarga lain yang mendahulunya. semoga Allah subhanahu wata'ala mengampuni, merahmati dan meletakkan mereka bersama para salihiin. aamiin.

dah dan siti ke pejabat lawyer dan jheik. selepas ke kedai perak, aku dan bidin ke kedai makan sepupuku hatim di telipot. kata hatim 10 tahun tidak berjumpa! diajaknya perkena nasi berlauk ayam kampung goreng. sedap.

dah dan siti ke jheik lagi dan ke tabung haji simpan rm1.5k dari li dan sewa rumah demit.

malam siti tunjuk email downloaded case.

لاءن شكرتم لاءزيدنكم ولاءن كفرتم ءان عذابى لشديد








No comments:

Post a Comment