Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Sunday, December 20, 2009

Sirah Hijrah Rasulullah Mengimbau Rahmat

shalat-malam

sabtu 2 muharram- sebenarnya sejak pagi semalam mahu 'kuliah subuh' buat jemaah subuh itu namun hingga pagi ini kudapati 'iklim' di musalla kecil tidak mengizinkan. bukan apa, mahu aku kisahkan kembali sedikit sirah Nabi s.a.w mengambil pengajaran seadanya relevan dengan tiba awal tahun hijriah ini.

baginda Nabi dan kaum muslimin berhijrah adalah dari fenomena munkar ke keharmonian suasana. dari masyarakat berkondisi jahiliah di mekah ke masyarakat madaniah ilahiah negara Islam. Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung selama 10 tahun. Islam subur matang dan diredhai. negara bagus, Tuhan Maha Pengampun.

* malamnya kita sama-sama solat hajat mohon restu, sejahtera dan rahmat di dunia dan akhirat. minta Allah Taala jauhkan dari kejahatan syaitan, jin dan manusia.

اللهم صل على محمد وعلى ال محمد





No comments:

Post a Comment