Gambar Lim Guan Eng yang Menakutkan UMCO
Aku jadi malu dengan tuduhan Umno (sebuah parti Orang Melayu/kononnya parti Islam ke tiga terbesar di dunia) menuduh sumbangan wang Kerajaan Negeri P Pinang kepada warga emas dan rakyat miskin-tegarnya adalah dari wang hasil cukai judi kelab lumba kuda. ( sila baca...) Tuduhan itu dinafikan oleh Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng atas dakwaan yangdibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam. Guan Eng menjelaskan:"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.
"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.
"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya l .
Jadi, barangkali Reezal persoalkan halal haramnya wang sumbangan tersebut?
Ini seolah beliau cuba persoalkan wang angpaw yang dihulurkan seorang Cina kepada anak orang Melayu yang melawat di hari sambutan Tahun Baru Cina. Perlukah persoalkan dan selidiki dari mana orang cina itu dapat wang yang diperolehi si anak itu.
Reezal cari pasal nak politikkan kebajikan yang dibuat oleh kerajaan P Pinang. Sumbangan Kerajaan Pusat kepada rakyat miskin atau bina masjid dll, adakah bebas dari wang hasil lesen TOTO, Nombor Ekor, kilang /jualan arak, kelab malam dan sumbangan mereka kepada Barisan Nasional?? Mengata Dula Paku Serpih. Memang betul pepatah "menepuk dulang ...." itu
No comments:
Post a Comment