isnin 8 rabiul-awwal - hantar afeeq ke tadika, langsung ke kedai kakla beli nasi berlauk dan gulai serati rm5; beli pulut dan kuih2 di kedai makcik esah.
jam 1.00 tengahari ambil afeeq dan terus ke gudang tras alma abang mud ada jamuan kesyukuran pembukaan bengkel baru untuk kereta kerajaan. nasi arab.
4.00 petang kecuali li, semua bertolak ke pengkalan kubur rumah che yah tokey di pasar bebas cukai pengkalan kubur. anaknya bawa ke rumahnya tepi sungai sempadan. thailand nun di seberang sana. ada waris2 yah bertanya tentang kesihatanku. suami yah Hj En Din meninggal selepas discaj dari wad hrpz2. meninggalkan 3 orang anak dan harta yang banyak.
jam 5.30 kami pulang dan singgah solat asar di masjid cabang empat tok mekngah. cantik masjid itu.
imim telefon malam, bagi tahu dia bertolak ke kuala kangsar jam 8.00 pagi dan tiba jam 11.30 lebih.
hari ini agak penat tapi hati sukacita. alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment