Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Friday, February 12, 2010

Tetamu Dari Sabah, Sepupu Man Datang makan Malam.


jumaat 27 safar
bersamaan 12. 02.2010. taharah pagi dan solat subuh dengan surah sajdah. Iftar pagi dengan nasi goreng di rumah. sedap bangat. mutia, man dan anak2 ke kedai lalat.

(ahmad dan iming bertolak balik dari kuala kangsar 11.00 pagi). moga sejahtera.

solat jumaat, imam muda. sebelum balik hj mat paksu him tanya tentang tanah. katanya salleh tokderis ada sebut tanah tu aku nak jual rm100k atau rm110k?? never. tak pernah ku tawarkan harga tu. hala balik singgah rumah ana pakcu weil makan laksa sempena anaknya dapat masuk maahad tahfiz pulau condong. layak disedekahkan.

beristirehat. mekna dan suaminya datang temu mata katanya dari rumah makdoh.
pukul 4.00 lebih, aku jaga tidur. ahmad dan iming tiba dengan selamat tiba dari perak. syukur alhamdulillah.

mutia konteks resort dan chalets untuk kami bercuti di sekitar besut / tok bali semua penuh.

mala 9.00 lebih man tiba dengan sepupunya dari sabah, berempat makan malam nasi ayam special hjh hamidah. lepas tu mereka ke bukit abal menemui bomoh darul-syifa' ustaz zaki anak murid dr harun din. man tia bali dekat 12.00 malam. sdr2nya menginap di rumah tumpangan MGU depan myden, kota bharu .


No comments:

Post a Comment