Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Tuesday, March 2, 2010

Acara Bercukur Rambut dan Sambutan Maulid Nabi


jumaat 12 rabiul-awwal - Hari ini adalah ulang tahun keputeraan junjungan Rasulullah s.a.w 52tahun sebelum Hijrah silam. Cuti umum sempena Maulid Nabi. Tahun ini timbul pertikaian dalam iklim 1Malaysia. Isu perarakan yang dibesar2kan oleh golongan gerombolan Umno.

Solat subuhku di masjid tok ayah. alhamdulillah jemaah semakin ramai. Lepas solat dijemput ke rumah ayah Lik. Acara bercukur rambut anak Faiz /cucu ayah Lik, ibunya anak perempuan Mahmud Daud. Pak teh Ghani yang kendalikan. Berselawat dan ratib. Roti cecah gulai. Ayah Lik tak ada, meeting di KL.

Ke rumah abng Him wak man juga majlis bercukur anak, cucu kepada Pak wil Telekom. Makan nasi.
9.00 lebih - Dengan Dah dan Ahmad ke kebun Kemumin. Membakar sampah sarap, daun-daun kering. Ayah Lah belum sembur racun rumput dan semak. Telefon Saari SMZ tanya harga tanah sebelah katanya RM60,000.00 takperlah.

اللهم صل على محمد وعلى ال محمد


No comments:

Post a Comment