Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Wednesday, March 10, 2010

Sultan Balik Ke Kelantan, Kami Bertolak Ke Sabah

khamis 18 rabiul-awwal bersamaan 4 mac 2010: selepas hantar afeeq ke tadikanya terus ke kedai paklah buat iftar. ambil afeeq untuk bersiap ke airport. man dan tia balik untuk bersiap sedia ke sabah. tini datang dgn crv bawa kami sekeluarga ke airport. jalanraya dekat airport dipenuhi kereta dan teksi. ramai datang berkumpul untuk menyambut kembalinya al-sultan kelantan tengku ismail petra dari singapura. menerima rawatan selama 10 bulan di hospital elizabeth.

YB datuk takiyuddin hassan menjawab salam dan kami bercakap sebentar bersama dah. berkerusi roda aku ditolak melalui pintu vvip ke tangga k/terbang airasia. bertolak menuju LCCT KL bersama dah, mutia, man dan anak2. turun dgn kerusi roda melalui pintu kecemasan. kren. makan tengahari di food court, solat zuhur jamak.

Kami akan ke Sabah. Iya hamba akan ke negeri sdr Hasyuda Abadi sasterawan terkenal Sabah. Hamba akan cuba hubunginya nanti bila tiba Kota Kinabalu. Kami akan ke Bongawan Papar hadiri Majlis Perkahwinan Sdr Mohd Nazir Yusoff. Akan ke Kota Merudu, ziarah anak dan cucu. Moga afiat dan sejahtera semua. Insya Allah.

Tiba di airpot kota kinabalu turun berjalan melalui tangga. disambut si acai / adik azman membawa aku dan dah ke stesen teksi untuk ke kota marudu 100km lebih. tiba rumah anakanda ct farhana ...rumah teres kdc lorong pertama berhampiran giat mara. pemandu teksi proton saga jamil, cikgu giat mara dan nor hashima.

hampir jam 10.00 malam tiba di kawasan perumahan teres KDC, alhamulillah bertemu ct dan cucu, hazeeq wajdi.

No comments:

Post a Comment