Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa

Saturday, January 30, 2010

Ke Tanah Dusun Di Kemumin , Cikgu Azam SMKKBh Jiran Sebelah Tanah..


sabtu 14 safar
- bersamaan 30 januari selepas sarapan pagi, kami sekeluarga ke tanah dusun baru dibeli kat kg kemumin. masuk jalan melalui rumah saari salleh @ ma'il SMZ. tiba di tanah ada orang sedang menebas dan cucikan semak2 tepi pagar rumah kuning. jiran sebelah tanah kami.

perkenalkan dirinya ayah pa dia diminta cikgu tuan rumah kuning (katanya ngajar sek men kedai buluh, namanya cikgu azam?). ayah pa bersihkan kawasan itu dengan anaknya. kami bincang minta ayah pa juga yang bersihkan semak samun mesin dan racunkan rumput. dia setuju dan katanya tanah sebeleh adalah milik anak sedara saari /mael nak jual jugak. luas hampir sama dgn tanah yang kita beli tu. afeeq kena ketippacat berdarah kakinya.

jumpa cikgu azam dan isterinya ngajar jQaf di sk tanjung mas. mereka malah kenal mokdik norinan. isterinya nama ros kamilah. kami berborak2 dalam kawasan rumahnya, besar. tanahnya 300 depa lebih dibeli hampir 10 tahun lalu hanya rm35k!

petang- hantar adik ke asrama/sekolah.
makan malam beli mee kedai sebelah.


** HUJAN PANAS**

Tawaran Jadi Imam Ganti Waktu Subuh Di Masjid at-Taqwa.


jumaat 13 safar - solat subuh di masjid at-taqwa paya bemban, imam muda tu tak hadir..ada seseorang suruh aku jadi imam: 'seleke ustaz tok ime takdak'... maaf ambo uzur, itu jawapan aku.
sarapan kedai depan masjid. aku makan nasi dan telur separuh..cikgu larawati bayar pulak.

kawan adik ambil dia ke rumahnya di cempaka, katanya nak bincang matematik tambah. akan hantar adik 5.00 petang. anak yatim dapat no. first di tingkatan lima bijak math tambahan.
solat jumaat kat masjid pauh. imam muda baca kurang jelas makhraj dan tajwidnya. hai...guano.

astro man pindahkan ke depan. boleh tengok secara santai lah.

*****
**

Elok juga kita doakan dengan lafaz doa yg mulia:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)

.

Bayar and Tukar Nama Hak MilikTanah Dusun di Kemumin.

khamis 12 safar - hantar afeeq macam biasa di tadikanya. iftarku di kedai paklah.
azrul telefon bagi tahu jam 10.00 pagi bertemu di ofis tanah. ke kota bharu dgn dah berurusan dengan azrul di opis tanah. menunggu mereka berurusan proses tukar nama tanah di kemumin sejam jugak. dan aku nak cari prepaid hp pusing sebentar, dah telefon dah mereka selesai, dia tunggu dekat kedai jaafar rawas.

seterunya kami menuju pejabat HDN bayar cukai/ mmati setem. sambil tunggu mereka siap sejam pulak, aku berfoto....muzium d'raja, pintu istana balai sesar, pokok celagi purba, mercutanda rehal al-quran, ppintu padang merdeka dan masjid al-mhammadi. akhirnya proses pembayaran serta akad jual-beli mereka rm54k cukup di bangunan tabung haji. alhamdulillah lesai, berpisah dan tanah bertukar milik secara resmi.



jam 12.00 lebih sikit...hala balik singgah beli ikan segar di paya bemban... balik makan nasi dengan singgam ikan aya hitam, ulaman pucuk ubikayu n semestinya b.u.d.u.
malam baca suratul kahfi dan yasin saja....letih.

Wednesday, January 27, 2010

Khatam Tadarrus Al-Quran Regularku..dll


rabu 11 safar
- sebelum subuh khatam membaca al-quran hari ini.

7.30 macam selalu, hantar afeeq dan membeli nasi berlauk ayam bakar kak yam, makan di rumah.
8.30 ke kedai paklah. ada matzin maksu limah, polis berpangkat lans koperal minum bersama. dia dah tahu tentang zul kelang yang sudah berpisah dengan zizah. masalah mereka tersendiri. matzin punya anak 8 orang, sulungnya aqwa sedang menuntut di upsi tahun 2. diceritanya juga tangkapan sedang dibuat terhadap seramai 20 orang yang terlibat merogol anak saudara isterinya. masya Allah.
dah telefon suruh segera balik sebab ada orang datang di rumah. rosli k matari......dengan ust daud sama2 mengajar di maahad mardhiah panchor kemumin. rosli nak guna fotostat dari internet urusan keretanya di muar..gagal.



rosli k matari, tok selampit pakda nor dan rahimidin 1992


Tuesday, January 26, 2010

Masih Bicara Hal Tanah.... Leh Lucu.

selasa 10 safar - bersama 26/1/10 selepas hantar afeeq ke tadika..aku ke kedai hj kamaruzzaman. iftar dengan nasi gulai ayam dan beli nasi kerabu pori / laksam untuk dah & ammar. bincang2 tentang tanah yang kami gi tengok kat kemumin. nafi dan leh masuk menyambung bual. lah maksunab sebut yang arfan ada fon dia suruh ambil kayu bawah rumah abang ziz untuk baiki rumah di belukar. tak sangka arfan tak jumpa/hubungipun aku.
1.00 tengahari. beli ikan kat paya bemban, kembung, selar, selayang dan sotong semuanya rm20. hah...baru ya. takpa lah ikan segar. gorengpun sedap.

petang- fauzan dan faris datang berjumpa mata. fauzan dari negeri china katanya bercuti sebulan. faris cuti seminggu. salleh tokderis tiba dengan anaknya bincang hal tanah. katanya dia terlibat jual tanah aziz wakman rm155k.aziz dapat rm60k seorang dgn adiknya mat. abang him tukang kira 'modal air liur' dapat rm35k. salleh 'broker' dapat rm700 saja. aku beritahu ada telefon dia tanya tanah kat mudah.my...... dia ketawa...hah...ha..cari rezeki memang lagu tu. tapi jangan jadi seperti oghe ngail dalam foto bawah:



malam- azman balik agak lewat...1.00 pagi katanya ada meeting kat hai-o.





Lihat Tanah Di Kemumin, Melalui Rumah Saari SMZ. Dusun Buahan.

tanah di kemumin tidak jauh dengan rumah saari smz





isnin 09 safar
- azrul tuan tanah kemumin telefon, offer tanah tu, belum diambil orang. setuju nak pergi tengok petang nanti selepas kelas minhaj.

petang selepas asar ke kelas mihaj di balaisah ust daud. masih bab ilmu dan amal: bahawa orang yang mengerjakan ibadat kepada Allah akan rugi, sia-sia bila tiada ilmu tentang amal ibadatnya.

6.10 petang bertolak ke kemumin dengan dah, azrul katanya akan menunggu di muka masuk smk kemumin. kami berjumpa di situ (dekat rumah ustz zaharah mat saman).
tanah bersempadan dengan pagar sebuah banglo, rumah cikgu, warna kunig. memang ada pokok kelapa, pauh, duku, durian dan lain2. ada jalan batu kapit menyempadani rumah cikgu itu. sempadan belah mentari naik satu lot dengan sungai pengkalan datu. ketika azrul dan dah masuk semak meninjau pokok2 dan arah sempadan tanah kulihat azrul dan dah berlari cemas! ulau senduk besar jugak katanya. hitam dan berpitis baru nak mengembang kepalanya! mujur tak apa2.
bincang punya bincang harganya, kami diberi dengan nilai rm54k dan azrul setuju belanja urusan tukar nama di pihaknya. kami berjanji untuk ke pejabat tanah kota bharu pada khamis pagi. insya Allah. pulang hampir jam 7.00/maghrib. azrul tu asal kg cherang bekerja di library husm dan isterinya bekerja di perpustakaan negara KL. katanya jual tanah kerana dalam proses beli rumah siap di binjai, kb. isterinya kata susah bina rumah, lebih baik beli rumah siap.


kejadian spesis manusia menurut teori charles darwin. agaknya dia sendirilah lagu tu.

Berita Kemangkatan Sultan Iskandar Johor Memenuhi Akbar2


ahad 08 safar
- bersamaan 24/01/10. hari ni semua pergi bertugas. kuhantar afeeq ke tadikanya. beli mingguan malaysia. penuh dengan foto dan rencana tentang kemangkatan sultan iskandar johor. putera almarhum tengku ibrahim telah dilantik sebagai sultan johor darul-takzim: sultan ibrahim ibn almarhum sultan iskandar.

Sultan of Johor Pictures, Images and Photos




zahari maklong datang ke rumah bagi tahu tentang hasrat ke tanah suci menunaikan fardhu haji, tidak jadi untuk pakej umrah yang dirancangkannya sebelum ini. aku sokong dan suruh dia masukkan wang dan daftar haji di tabung haji. dia setuju... katanya cuma belum cuku lebih kurang rm4k lagi untuk belanja haji bagi dua orang. ok dah tu....labbaikallaahumma labbaik..












Kaaba

.

Saturday, January 23, 2010

makan laksa

sabtu 07 safar - iftar kat rumah. dah goreng bihun. ok gak.
li dan pakcik adi kumpul dan hantar kelapa rumah makcik jah ayah cik.
tia dan man ke beris untuk beli laksa. makan tengahari dengan laksa klate.

ku hubungi mek norani. katanya berada di kundasang sabah. dia bersama rahim dan anak bongsunya ke beufort untuk tolong anaknya izzah kemas2 barang untuk balik bertugas di semenanjung hujung bulan ni yang sebelum ini aku hubungi ust ariffin mohd amin ks japim selangor untuk minta jasa baik beliau agar posting izzah berdekatan puterajaya.

malam kurang selera makan nasi. tomyam malam.***********

tentang makan laksa klate nih, aku catat dalam FB lagu ni:

makan laksa klate sedap sungguh. mesti tambah punya. ada orang boleh makan 2-3 kali sehari. tak muak2. aku takleh lagu tu. naik geli. tapi ada kawan aku punya minat makan laksa nih, lepas tambah, tambah lagi, tambah lagi..... bila basuh tangan nak berhenti makan, dia selalu kata: ikut mulut, rasa nak lagi tapi tangan lenguh nak suap...!

Pengat Ubi Enak Makan Petang.

jumaat 06 safar - mutia dan man ke kedai lalat membeli keperluan dapur. dah telefon ct berkaitan surat mohon tukarnya.

solat jumaat di masjid pauh. tok imam ku mahmud buat makluman ustz nur azarizal akan beri kuliah maghrib di masjid pauh malam ini. steady tu.
petang makan pengat ubi / keladi dah buat. ok aper.

petang seebelum jam 6.00 ke sek. amalin puteri beri no surat beranak mek na, no i/c iming dan slip gaji ayah.

Thursday, January 21, 2010

Sudah Gaharu Cendana Pula. Pantai Sabak Bertembok.


khamis 05 safar - hantar afeeq ke tadika macam biasa dan terus ke iftar..borak2 dengan kojeng dan nik hassan tentang kayu gaharu dll. lagu tu cara tanaman/ kaedah pokok gaharu yang boleh menghasilkan minyak wangi ori.
zahari maklong datang bincang hal haji dan umrah. lebih baik kerjakan haji dulu kalau dah ada belanjanya.
makan tengahari dengan sup tulang. li wat balik bubur asyura yang dibuat di sekolahnya.

petang pergi ke pantai sabak makan mee, satar n otak2......pantai sabak yang bertembok batu. jadinya aku tidak dapat menatap ombak dan laut saujana.. kerana petang khamis, maka pengunjung2 tidaklah ramai

Pantai Sabak dilanda hakisan - Foto Lama

tembok penghadang

Ada Orang Minat Tanah Di Padang Belukar Rm125K.

rabu 04 safar -iftar kedai paklah selepas hantar afeeq kat tadika.di kedai paklah ada fuad dan tok imam, ada beberapa persoalan.
makan tengah hari dengan bubur lambuk. sedap lama2 tak kena.

2.00 lebih wan hasnah isteri hj ripin mak saudara wan jeff datang ke rumah tanya hal tanah di padang belukar. aku sebut harga nak jual rm125,000.00 dia ambil no. telefon dan menunjuk minat.
rancangan nak ke kuala kangsar esok tak jadi sebab ahmad telefon bagi tahu sekolah dia takcuti hari sabtu. man pun batalkan juga niatnya nak ke alor serta hari jumaat.

Tt..

Kelas Minhajul-'abidin Terbatal Sebab Tertidur...

selasa 03. safar - lepas hantar afeeq dan iftar pagi....pagi buat sikit studi minhaj untuk kuliah minhaj lepas asar.

mail makcik mari dengan besan dia beritahu tanah belakang sekolah tapang nak dijual dengan harga rm90,000. tapi tidak sure pulak lokasi betul tanah tersebut di asmping beritahu tanah itu dipecah milik kepada 6 lot...bersama lawyer wan adib dan jawahir...lagi penat kiranya.
dia janji nak buat cabutan geran dulu.

kelas minhaj lepas asar terbatal, tidak dijalankan sebab aku tertidur dan terkejut jaga dah pukul 5.10 petang.



g.

Monday, January 18, 2010

Salleh Tokderis Datang Bincang Hal Tanah.


isnin 02 safar
- afeeq masih tak dapat ke tadika, batuk masih ada walau agak kurang berbanding kemarin. belia nasi berlauk cherang. aku ke kb-jaafar rawas beli dua kitab minhajul-'abidin dan limau rm6.50.
lepas makan tengahari salleh tokderis datang nak ambil no. geran dan lot tanah di padang belukar - dia nak buat cabutan tanah kakwan meriam jidin. sebut juga padanya nak jual tanah wakaf aik rm45,000 boleh kurang lagi. lepas tu berborang agak lama hingga 4.00 petang lebih.

seperti terjadual, 5.00 petang lepas asar, kelas minhajul'abidin bab kepentingan ilmu...hingga jam 6.10 ptg.
makan roti dan teh dengan bidin di manaf restoran.

.

.

Ahmad Tersesat Ke Baling 80km Lebih..


ahad 01 safar 1431
- afeeq tak ke tadika sebab batuk. li, man dan tia ke sekolah seperti biasa. iftar di rumah dan ke kedai paklah, bidin beri rm8 untuk dapatkan dua kitab minhajul-abidin. aku beli dua surat kabar mm dan bm.
ahmad bertolak ke kuala kangsar jam 2.00 lebih.

5.00 lebih dah telefon ahmad. diberitahu dia tersasar jalan ke baling kedah dekat 80km. kesian dia kena pusing balik dan sampai kuala kangsar maghrib.

malam makan mee mamak oder kedai sebelah.


Saturday, January 16, 2010

Tanah Tak Jadi Beli, Temui Mohd Nor Daud di KK

sabtu 30 muharram - iftar di kedai kaknik kubang kerian. paksu ada penyakit kencing manis, katanya malam selalu kakinya digigit lipas. mail eri ikan sungai segar, terima kasih. ketemu mohd nor daud skk ukm sama batch. dulu pernah pegawai kastam, dituduh tidak amanah. kini katanya dia berniaga sendiri -katering dan makanan rmc sekolah2. ramli malaikat katanya bertugas di kota bharu juga. di mana?
telefon ust wan shamsuri tentang pondok moden, katanya pengambilan berdasarkan smu.
ahmad bawa kereta nissan ke pomen paya bemban.

lepas makan tengahari - tak sempat istirehat, pakteh mail mari beritahu tentang tanah bisannya nak dijual dekat rumah ust lias. katanya 250 depa berharga rm120k boleh kurang. kupastikan rm95k pergi tengok tanahnya bersama dah dan man. ok. tapi tanah sebenarnya 188depa sahaja harga rm100k takleh kurang.
5.45 petang ke sek amalin hantar adik. undang-undang baru katanya mesti tepat 6.00 dah masuk kawasan sekolah.dia selaku ketua penghuni asrama. hala balik gi minum petang dengan dah dekat jpj. ahmad ambil kereta nissan dan kena rm223 tukar bereng dan lampu signa.
malam chat dengan FB member ust hamim thohary abu shauqiy dari jawa tengah hingga hampir 12.00 malam. istana presiden dibogor jawa tengah.hiasan.
rusa-istana-bogor.jpg

Gulai Kambing Aqiqah Wawa Sabah.

.

tasbih

jumaat 29 muharram - solat subuh di masjid at-taqwa paya bemban. bersarapan di tempat biasa, ada seseorang bayarkan (?). berborak dengan aziz tapang hal tanggunganku ini.
matzin dan isteri datang bawa gulai kambing aqiqah wawa sabah. jam 11.00 ke rumah anak-anak yatim taman sabariah hantar gulai kambing untuk makan tengahari mereka. bawa juga sedikit gulai ke rumah pengetua smkKbh pn hjh sabariah.
solat jumaat di masjid pauh.
petang 4.30 ahmad tiba mengejutkan. dia dari kuala kangsar memandu seorang dengan kereta nissan. katanya bertolak jam 12.30 tengahari tadi. alhamdulillah. katanya kereta sedut-sedut perlu baiki.
malamnya iming catatkan pada FB dia nak balik juga kenapa ahmad tak beritahunya.

Thursday, January 14, 2010

Hubungi Ust Ariffin Mat Amin KS Japim Neg Selangor


khamis 28 muharram
- bersamaan 14 januari 2010. iftar dengan nasi goreng.

telefon ust ariffin mat amin ks di selangor bagi tahu tentang izzah dari sabah nak masuk ke selangor. dia minta hantar nama dan no k/p Nur Izzatul Afifah bt Che Abd Rahim. Pergi ambil afeeq terus ke cherang beli lauk gulai siput.
2.30 ambil adikna, dia bagi tahu kena pegang beberapa jawatan ko-kurikulum yang penting di sekolah. mutia dan man ke nirwana.
petang li bayar rm1000.00 hingga jumlah rm11,000.00 kereta wiranya. masih baki rm500 lagi kata dah.
malam jumaat sekadar baca surah al-kahfi. alhamdulillah tamat dan tertidur selepas tu.
Gua Ashabul-Kahfi Di Jordan.

Masalah Penempatan Guru..Mek Ani Telefon Tentang Izzah

rabu 27 muharram -mutia tak ke sekolah. tak sihat.
mek norani ada telefon tentang anaknya izzah di beufort ke aarah dapat tukar balik semenanjung. dia minta kalau dapat hubungi ustaz ariffin mat amin selaku ks japim di selangor bantu segi penempatan izzah masuk selangor, putrajaya atau sepang dll. insya Allah.

ptg dengan dah mula-mula ke panji nak pos ubat ke hanafiah kelang. tak dapat, terus ke pejabat pos kubang kerian ok. hajat nak draw pitih kat jpj, mesin atm tu rosak pulak. singgah time pasar malam ke rumah kak dah. borak-borak ringan anak beranak.

" Nama je kabinet 1Malaysia tetapi masalah ini pun tak boleh selesaikan. Menjadi mangsa adalah ribuan graduan pendidikan yang sehingga hari ini menjadi penganggur.

Adakah kerajaan nak suruh mereka jual burger? Jika tidak pun minta mereka jangan pilih kerja, kerajaan 1Malaysia syorkan buatlah apa yang patut tanam kangkung atau jual kacang putih?"

Image
Image

Tuesday, January 12, 2010

Pertambahan Ahli Minhajul-'abidin...


selas 25 muharram
- mutia tidak ke sekolah, dia ada appointment dgn husm. dia hantarkan afeeq ke tadika. dah juga ke kedai emas...ke sri intan beli rantai tangan dan cincin bernilai rm2000. aku sponsor rm1000.
petang tia bawa afeeq dan ammar ke klinik untuk pemeriksaan biasa dan suntikan.
kelas minhaj diikut oleh hj wan ali dan saari, tentang kefardhuan ilmu dan hikmahnya.. seusai kelas seperti biasa ke kedai roti dekat jpj dengan bidin. u.

Makan nasi ayam special made by bini..

isnin 25 muharram - hantar afeeq ke tadikanya. ke kedai azmi beli barangan dapur dgn dah.
makan tengahari nasi ayam special. lepas asar kelas minhaj di balaisah utz daud.

jilbab-canada.jpg

Terima Surat Dari Jabatan Peguam Negara!


ahad 24 muharram
- 5.15 pagi terima telefon, dah sudah tiba di kb. sekitar stesen bas sudah berubah sakan katanya. kurang cam bangunan yang ada. n way, alhamdulillah dia selamat tiba. yang berkerja di rumah kami, menuju haluan masing-masing, sekolah tempat mengajar! afeeq aku hantar ke tadika.
iftar di rumah saja. menatap paper mingguan malaysia.
makcik ni / norani telefon tanya no telefon ust ariffin mat amin ks jpn selangor minta tolong cari tempat posting anaknya nurul izzatul afifah dari beufort sabah nak balik bertugas di semenanjung katanya 16.1.2010 nanti. cuba terus hubungi pin tapi gagal.

terima surat dari jabatan peguam negara putrajaya - aku selaku penjamin kepada mohd hanif anak paksu kob dengan jpa. dia masih belum bayar hutangnya waktu belajar dulu dah tertunggak rm36,000.00 lebih. guano nih! kata dah setel. hanif sedang sambung belajar buat ph.d di australia. surat tu kata tempoh diberi hingga 30 hari sahaja untuk membayarnya. jika tidak.... gapa dia? masuk jel. aku penjaminnya..didapati bersalah kerana menjamin sepupu masuk u...sepupu tak bayar hutang. aku sepupunya dihukum penjara setahun 6 jel atau rotan 36 sebatan atau kedua-duanya sekali? aaas sudah!...kena bagi tahu paksu kob segera.

seorang rakan penulis, hazariza ariza atau abd malik tiba di rumah. mulanya aku tak berapa kenal. aku teka, malik dari johor? ya. singgah sekejap bayar rm20 untuk dua antologi NDB, isterinya doktor di mersing sedang buat representation du husm. nak jadi dr pakar.

r.


Saturday, January 9, 2010

Jumpa Cikgu Lara dan Batuk-batuk Jadi Susah Pulak Nak Lena...


sabtu 23 muharram
- solat subuh berjemaah di balaisah seperti biasa. lepas solat ke paya bemban jumpa mat tokderani di kedai roti canai. tanya hali kesihatanku. datang cikgu lara kini di smkpengkalan chepa 2, juga berperihal kesihatanku. dia satu batch dengan asmawi dan us abu bakar kutty sewaktu di maahad. dia bayar makan minumku sebab dia lebih muda, kata tuan kedai.

mutia ada seminar hai-o di hotel rennaisanne sehari suntuk. tengahari man beli nasi kukus ayam goreng. ct komen tentang posting jumaat, buat sedikit perubahan. petang ke kedai manaf jpj makan roti john bawa balik makan dengan li. makan beli satay rm7.00 makan dengan ti dan li.

payah tidur pulak. ada mimpi-mimpi kecil mencalit tidur.
dah bertolak balik dari kuala kangsar ke kota bharu jam 12.30 pagi dengan transnasional.

" Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan..".