ahad 24 muharram - 5.15 pagi terima telefon, dah sudah tiba di kb. sekitar stesen bas sudah berubah sakan katanya. kurang cam bangunan yang ada. n way, alhamdulillah dia selamat tiba. yang berkerja di rumah kami, menuju haluan masing-masing, sekolah tempat mengajar! afeeq aku hantar ke tadika.
iftar di rumah saja. menatap paper mingguan malaysia.
makcik ni / norani telefon tanya no telefon ust ariffin mat amin ks jpn selangor minta tolong cari tempat posting anaknya nurul izzatul afifah dari beufort sabah nak balik bertugas di semenanjung katanya 16.1.2010 nanti. cuba terus hubungi pin tapi gagal.
terima surat dari jabatan peguam negara putrajaya - aku selaku penjamin kepada mohd hanif anak paksu kob dengan jpa. dia masih belum bayar hutangnya waktu belajar dulu dah tertunggak rm36,000.00 lebih. guano nih! kata dah setel. hanif sedang sambung belajar buat ph.d di australia. surat tu kata tempoh diberi hingga 30 hari sahaja untuk membayarnya. jika tidak.... gapa dia? masuk jel. aku penjaminnya..didapati bersalah kerana menjamin sepupu masuk u...sepupu tak bayar hutang. aku sepupunya dihukum penjara setahun 6 jel atau rotan 36 sebatan atau kedua-duanya sekali? aaas sudah!...kena bagi tahu paksu kob segera.
seorang rakan penulis, hazariza ariza atau abd malik tiba di rumah. mulanya aku tak berapa kenal. aku teka, malik dari johor? ya. singgah sekejap bayar rm20 untuk dua antologi NDB, isterinya doktor di mersing sedang buat representation du husm. nak jadi dr pakar.
r.
No comments:
Post a Comment