tengahari, kawan ct yg sama bertugas di kota merudu tiba dengan suami dan anak. mereka makan tengahari bersama - gulai ikan keli.
selepas isya'- berkumpul rumah ayah mat. ada bacaan al-quraan sempena setahun almarhum kembali ke rahmatullah (31/12/2009 bersamaan 3 muharram 1430). anak-anak ayah semua ada kecuali abng lim, abg ziz dan ciksu @ tik.
hari terakhir 2009M- kita masih berada di sini. menggenap usia hujung tahun.demi masa, ia akan berlalu bagai dibawa anginkah atau tiba beban baru. sedikit jua yang bersyukur; maka akan kutelusi diri ke ruang bersama mereka yang sedikit itu.
Muhasabah Sebelum Bertolak
melempar pandang melurut iklim
tengah tahun angin benua berdesir
Tahun jenuh balam persoalan
telatah suhu dan debar meletihkan
sesekali mengajak diri bersepi
sesekali menerpa peribadi ke luar laman
Peribadi menyukat khuatir sendiri
laksana dimainkan yakin dan ragu
gagal meninggal tohmah cabaran
akal berada di lain rung antara
Cabaran hidup sering menyorot budaya
kaujelas memilih untung hayat dunia
ingin menggapai tinggi memukau indera
Berarak nasib memberat seribu daya
perlahan menongkah tadbir ke hulu punca
Tuhan mengurnia serba mudah dan nikmat
berteleku hadaplah dengan syukur sejahtera
Sebelum bertolak, kita kumpul bekalan
kita gugurkan bosan dan dosa. Derhaka lama
alangkah baiknya kita ubatkan dengan taubat.
Ogos 2008,
Tapanji, Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment