jumaat 15 muharram - terasa agak segar pagi tahun baru ini. 1 januari 2010M. jam 8.30 ke perkuburan seperti agenda untuk gotong-royong bersihkan perkuburan keluarga al-muhammadi yang lebih dahulu kembali ke rahmatullah. ada nikmat permuafakatan di sini. lesai saja terus ke rumah azimah, ada sarapan pagi di sana roti cecah gulai kambing.
asmawi datang ke rumah untuk sedikit diskusi lagi tentang program yayasan al-muhammadi dan permasalahannya. semoga harapan beroleh kesempurnaan.
jam 3.30ptg dah bersama mutia/man ke majlis aqiqah anak 'izuddin mek. pakdin dan dapat anak. haji rahim jpj dan mek dah dapat gelaran 'datuk' dan 'nenek' (bukan datin!).semoga gembira dan bersyukur kerana bertambah lagi warga al-muhammadi.
siti farhana dan anaknya hazeeq dihantar ke station keretapi wakaf bahru - mel ekspres tempat tidur ke klcentral terus ke klia esoknya terus ke kota kinabalu, kota merudu sabah. semoga selamat sejahtera dalam perjalanan anak dan cucuku ini. insya Allah.

No comments:
Post a Comment