jumaat 22 muharram - bangun agak awal cadang nak ke balaisah tapi gelap. tak terdengar abang halim azan subuh. lalu solat sendirian. sarapan pagi dengan bidin di kedai wahida jpj. ketemu dengan abd hadi ayh kpd halim bekas bisan paklah zizah. dia yang belanja/bayar kami makan.
solat jumaat bersama man dan adli...khotbah tentang keselamatan jalanraya dan mat rempit.
dah dan ahmad ke rumah abang long di proton city tanjung malim. tidur di sana.
malam siti telefon bertanyakan hal ayah di rumah tanpa mak. Benar kata orang, dalam hidup ini jika kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain; janganlah pula kita menambahkan dukanya. Hidup ini memang sukar jika kita menganggapnya sukar, demi menghilangkan kesukaran, ada baiknya kita sentiasa mendampingi dan berdoa ke hadhrat Allah di samping menggunakan kewarasan untuk memperbaiki keadaan.
mutia onlinekan rm1000 kepada ct... adli tidur di kusyen.
semoga kita semua dirahmati Allah. Allahumma yassir wala tu'assir.
Masjid Nabawi waktu malam..
No comments:
Post a Comment